Lagu Sekolah

Kecil dan bernilai
Sk hang tuah 1
Bersama kita berikrar
Bertekad menambah ilmu pengetahuan
Menjadi insan cemerlang

Pada ibu bapa dan juga guru-guru
Kita hormati selalu
Beri bimbingan tulus ikhlas
Mengasuh minda yang cerdas

Taat pada agama, amalkan ajarannya
Bagi peneguh iman
Berakhlak mulia, disiplin dan harmoni
Membina jati diri

Raja dan negara, kita tumpahkan setia
Modal insan yang berjaya
Mari bersama kita berjuang
Jadi pewaris gemilang


Kecil Bernilai


Sek Keb Jalan Hang Tuah 1
Jalan Hang Tuah
55200 Kuala Lumpur
No Tel / Faks : 03-92214494
Email : skjht_1@yahoo.com

Visi Sekolah

SKJHT(1) akan menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2010

Misi Sekolah

Kami warga SKJHT(1) beriltizam memastikan kurikulum dan kokurikulum cemerlang. Sahsiah disiplin terpuji dalam persekitaran kondusif berteraskan pengurusan pentadbiran yang telus dibantu hubungan komuniti yang erat.