Sejarah Sekolah



SK. Jalan Hang Tuah(1) mulanya diasaskan sebagai 'Weld Road Primary English School Kuala Lumpur' pada tahun 1960. Ia telah menumpang dengan menggunakan bangunan 'Bukit Bintang Primary Girls School' sementara menunggu bangunan di Jalan Davis siap. Pada tahun 1961 sekolah ini sekali lagi berpindah ke bangunan lama 'Pasar Road Primary English School' dan namanya ditukarkan kepada 'Datuk Abu Bakar School'.

Pada tahun 1962 sekolah ini dibahagikan kepada dua :
i. Datuk Abu Bakar Girls School ( untuk murid perempuan dan dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Davis dan guru besarnya ialah Puan Ruth Phang ).

ii. Datuk Abu Bakar Boys Girls School ( untuk murid lelaki dan guru besarnya ialah Encik Yoong Khee Meng. Sekolah ini masih menggunakan bangunan lama 'Pasar Road Primary English School' sehingga 12 Januari 1963, bila bangunan sekolah di Jalan Shaw siap, ketika itu namanya pun ditukarkan kepada 'Shaw Road Boys School'.

Pada tahun 1975, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan seupaya Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris ditukarkan kepada SRK. Maka nama sekolah ini ditukarkan kepada SRK. Jalan Shaw(1).

Pada 1 Januari 1982 Jalan Shaw ditukarkan kepada Jalan Hang Tuah. Jadi nama sekolah ini ditukarkan kepada SRK Jalan Hang Tuah(1).

Lagu sekolah 'Shaw Road Boys School' telah dicipta oleh Puan Lim Kheong Hong pada tahun 1963, dan lirik oleh Encik Yoong Khee Meng.

Pada tahun 1984. lagu sekolah telah ditukarkan kepada lagu SRK Jalan Hang Tuah ( 1 ), senikata dan lirik lagunya dicipta oleh guru beredar muzik, Cik Cheng.

Motto sekolah ialah 'Much In Little' ( KECIL BERNILAI ). Ini ada berkaitan dengan lambang sekolah 'GYRO' yang menunjukkan satu alat kecil yang digunakan untuk memutar dan menstabilkan. Warna sekolah ialah warna putih dan biru.


Kecil Bernilai


Sek Keb Jalan Hang Tuah 1
Jalan Hang Tuah
55200 Kuala Lumpur
No Tel / Faks : 03-92214494
Email : skjht_1@yahoo.com

Visi Sekolah

SKJHT(1) akan menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2010

Misi Sekolah

Kami warga SKJHT(1) beriltizam memastikan kurikulum dan kokurikulum cemerlang. Sahsiah disiplin terpuji dalam persekitaran kondusif berteraskan pengurusan pentadbiran yang telus dibantu hubungan komuniti yang erat.